Tuesday, February 23, 2010

Memori Rindu (AL FATIHAH buat ABAH)

Coretan puisi ini aku jumpa semasa mengemas rumah ahad lepas...terasa ingin ku abadikan di dalam blog aku ni....Puisi ini hasil nukilan Abang Wahid pada tahun 1986...abang wahid ni rakan sekerja abangku AB HAMID bin HARUN....setiap kali aku membaca puisi ni, pasti mengalir air mata teringat kat arwah abah yang telah kembali ke rahmahtullah pada 16 March 1985 di Hospital Besar Kuala Lumpur...AL FATIHAH untuk arwah ABAH.....

MEMORI RINDU

Disenja yang menyepi ini
bersama gerimis menitik hiba
aku termangu sendiri
menyerlah lagi bayanganmu
mengeringi sendu ku
menadah bagai pengemis
rindu dari seorang anak

ABAH......
Pergimu semalam tiada kembali
memilu sebuah harapan
melerai serumpun kasih
yang hampir mekar
keringatmu dulu yang melimpah
memburu kenanganku
betapa gigih usahamu
menghampar rezeki untuk kami
walau sesuap cuma

kuteruskan di sini
perjalanan itu bersama segenggam azam
antara cita-cita dan harapan
bersama memohon restu Azali
buat Abah ku alun kalimah "AL FATIHAH"

Hasil Nukilan :
Abang Wahid
1986

(Jika abang wahid terbaca nukilan ini, sila berhubung dengan saya melalui email atau blog ini...terima kasih abang wahid)

No comments:

Post a Comment